Program Pembangunan Hoki Negara atau National Hockey Development Program (NHDP) adalah sebuah program untuk meningkatkan kualiti hoki negara dengan melatih pemain dari peringkat akar umbi. Secara tidak lansung, program ini mampu menghasilkan pemain bertaraf dunia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Program ini melatih pemain dari seluruh negara melalui pusat-pusat kecemerlangan seperti:

  • GHC : GRASSROOT HOCKEY CENTER (Umur 10-12 Tahun)
  • DHC : DISTRICT HOCKEY CENTER (Umur 13-17 Tahun)
  • SHC : STATE HOCKEY CENTER (Umur 13-17 Tahun)
  • NHC : NATONAL HOCKEY CENTER (Umur 13-18 Tahun)
  • WHC : WOMEN HOCKEY CENTER (Umur 13-14 Tahun)

Setiap tahun, pemilihan pemain akan dibuat dari kalangan ahli NHDP untuk diketengahkan dalam pertandingan di peringkat nasional dan antarabangsa. Sistem Pengurusan NRDP ini membolehkan pemain didaftarkan dan dipilih untuk sebarang pertandingan dengan lebih mudah. Data pemain di setiap pusat boleh dicari dan dipilih mengikut kriteria yang bersesuaian dengan pertandingan yang akan dianjurkan.

Powered by
© 2021 - All Rights Reserved. Authenteqa Sdn Bhd - 202101023167 (1423467K)